fbpx

Wanita mati dijerut dalam hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR -Mayat seorang wanita ditemui dengan kesan jerutan pada leher dalam bilik sebuah premis hotel bajet di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur pada awalnya menerima laporan awam mengenai seorang wanita ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sekitar pukul 9.56 malam.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, polis menemui tubuh wanita terbabit dalam keadaan terbaring di atas lantai sebuah bilik hotel dan tidak sedarkan diri.

“Semakan mendapati mangsa seorang warga tempatan berusia 36 tahun dan pemeriksaan awal menemukan kesan lilitan pada leher mangsa akibat dijerut dengan tali.

“Hasil siasatan dijalankan membawa kepada penahanan teman lelaki mangsa, seorang lelaki warga asing berusia 27 tahun di sebuah lokasi di Sentul, semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, semakan mendapati suspek tiada rekod lampau dan salinan dokumen perjalanan ditemui padanya menunjukkan ia sudah tamat tempoh.

Jelas Noor Dellhan, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 14 Oktober ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif pembunuhan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI