fbpx

Piala AFC: KL City perlukan lebih sokongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHALID

SEKALIPUN kurang mendapat sokongan daripada pihak swasta, Kuala Lumpur City membuktikan kejayaannya mara ke final antara zon Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tidak hanya bersandarkan kepada kemewahan semata-mata.

Sepanjang perjalanan di pentas itu musim ini, hubungan dan kemahuan pemain menjadi nadi sebenar kepada kejayaan skuad The City Boys sekaligus menyerlahkan wang ringgit tidak menjadi penentu kepada kejayaan sesebuah pasukan.

Presiden Persatuan Bola sSpak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad turut mengakui pencapaian yang diraih pasukan ketika ini tidak seiring dengan sokongan yang diterima.

“Ini perlawanan penting buat kami kerana kalau menang, KL City akan muncul sebagai juara Asia Timur. Ia pencapaian terbaik sepanjang 32 tahun, tetapi malangnya kita tidak dapat sokongan padu daripada semua pihak.

“Pencapaian kita adalah yang terbaik, tetapi sokongan paling kurang. Perjalanan ke Uzbekistan ini pun telan belanja tinggi, keseluruhannya termasuk tambang dan penginapan ia tidak kurang RM500,000.

“Sumbangan setahun daripada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) RM5 juta, bunyinya besar, tetapi dalam bola sepak, ada negeri lain yang lebih tinggi lagi. Untuk benar-benar capai kejayaan, kami amat perlukan sokongan daripada semua pihak,” katanya pada sidang media hari ini.

Juara Piala Malaysia musim lalu ini dijadualkan menentang kelab Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh di Kompleks Sukan Sogdiana dan jika menang, KL City akan membuat perhitungan dengan kelab Oman, Al Seeb ataupun Al-Riffa SC (Bahrain).

Kemenangan ke atas Sogdiana Jizzakh bakal menjadi pelengkap gemilang buat KL City memandangkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dipilih sebagai venue final yang dijadualkan 22 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI