fbpx
FILEM seram Harum Malam bakal menemui penonton sekitar tahun depan.

Harum Malam Dain Said jelajah dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETELAH mengisi profil dengan karya-karya hebat, Bunohan dan Dukun, sutradara tersohor, Dain Said, kembali dengan sebuah karya baharu yang amat dinantikan-nantikan.

Muncul dengan sebuah lagi naskhah seram, filem yang diberi judul Harum Malam tersebut dijadualkan memasuki tayangan umum bermula pada 9 Febuari tahun depan.

Harum Malam berkisarkan pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk ghaib pada mata kasar manusia.

FILEM Harum Malam mendapat penghargaan awal apabila mendapat tayangan perdana sempena Fantastic Fest di Texas, AS pada 22 hingga 29 September baru-baru ini.

Keupayaan luar biasa tersebut mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk membezakan antara realiti dan ghaib.

Plot berkembang sehingga terjadinya satu peristiwa menyebabkan rakan-rakan dan keluarganya terdedah dengan makhluk ghaib yang amat merbahaya.

Tanpa mempunyai pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewa untuk melawan makhluk tersebut.
Harum Malam dibintangi pelakon handalan seperti Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud and Faizal Hussein.

Filem berkenaan juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar seperti Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.
Diproduksikan Apparat milik Dain, buat pertama kali pengarah itu bekerjasama dengan D’Ayu Pictures and Skop Productions.

Edaran Skop terkini, filem Mat Kilau dengan kutipan hampir RM100 juta. Manakala D’Ayu Pictures pula akan menayangkan filem sulung mereka, Daddyku Gangster pada Disember ini.

Menariknya, filem yang turut menerima dana daripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu sudah mendapat slot tayangan perdana antarabangsa (Festival World Premiere) pada Fantastic Fest, sebuah festival filem genre horror, fantasi terbesar di Amerika Utara.

Filem-filem lain yang pernah ditayangkan pada festival filem ini adalah seperti filem Spilt (2016), arahan M. Night Shyamalan dan There Will Be Blood (2007), arahan Paul Thomas Anderson.

DAIN SAID bersama pelakon taruhannya, Idan Aedan, Remy Ishak dan Bront semasa di set penggambaran Harum Malam.

Festival filem Fantastic Fest berlangsung di Austin, Texas pada 22 hingga 29 September 2022.

Pada Oktober nanti, Harum Malam turut menempah tayangan perdana di Eropah (European Premiere) sempena Sitges Film Festival di Sepanyol, sebuah festival yang mengetengahkan filem-filem seram dan fantasi dari seluruh dunia.

Dengan judul antarabangsa, Blood Flower, di pasaran global filem berkenaan diwakili Reel Suspects, manakala XYZ Films pula mewakili pasaran di Amerika Utara.

Terdahulu filem araha Dain, Dukun yang ditayangkan pada 2018 pernah menjadi antara lima filem seram paling di Malaysia. Dain Said telah menerima gelaran Pengarah Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 untuk Dukun.

POPULAR