fbpx

CFM optimis kerjasama dengan ‘Thailand Tesla’ jana hasil jangka panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurusan kanan EA dan CFM bergambar di hadapan bas elektrik di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Computer Form (Malaysia) Bhd. (CFM) optimis terhadap pasaran kenderaan elektrik (EV) di negara ini bakal mendapat perhatian daripada pemain industri sekali gus bakal menjana pendapatan untuk jangka panjang, kata Naib Pengerusinya, Datuk Seri Tan Choon Hwa.

“Ini kerana banyak syarikat dan agensi kerajaan telah menyatakan kesediaan mereka untuk membeli EV kami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sehari selepas majlis menandatangani perjanjian antara CFM dengan Energy Absolute Thailand (EA) di MITEC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, dua buah bas pintar telah dipamerkan untuk mengesahkan usaha CFM dan EA dalam penyelesaian mobiliti yang lebih hijau kepada rakyat negara ini.

EA atau lebih dikenali  dengan gelaran ‘Thailand Tesla’ oleh bank pelaburan antarabangsa itu merupakan syarikat senaraian awam di Bursa Saham Thailand.

Selain EV, bas dan trak elektrik syarikat itu telah dilancarkan di negara jiran tersebut dan kini dalam proses pengeluaran serta pemasaran.

Mengulas lanjut, Choon Hwa menerangkan, kerjasama antara CFM dengan EA bakal bersifat jangka panjang dan mampan seiring dengan penceburan Kumpulan yang telah menyertai industri hijau.

Inisiatif ini bakal menyumbang kepada alam sekitar negara dan sifar pelepasan karbon.

 “Syarikat usaha sama baharu itu akan memaksimumkan peluang dalam pengeluaran dan pengedaran kenderaan elektrik seperti EV-bas, EV-kereta, EV-train, EV-basikal dan EV-bot yang mana  Energy Absolute PCL mempunyai sumber yang kukuh dan keupayaan terbukti di Thailand dengan anggaran pelaburan sehingga RM5 bilion secara berperingkat-peringkat,” jelasnya.

Tambah beliau, penyimpanan tenaga dan platform pengecasan dalam menghasilkan bateri litium-ion  juga akan dibangunkan untuk menyokong ekosistem EV di Malaysia.

Sementara itu, pada penutup pasaran semalam, harga saham CFM telah  meningkat ke paras had atas (limit up) selepas Choon Hwa yang merupakan pemegang saham utama tersenarai Thailand melawat veteran perniagaan yang juga pemilik Spanco Group, Tan Sri Tan Hua Choon selain berbincang mengenai peluang kerjasama perniagaan berpotensi.

Selepas pertemuan tersebut, beliau menyatakan hasratnya untuk  membeli kenderaan elektrik daripada syarikat usaha sama baharu itu selepas usaha wajar terhadap teknologi dan kualiti kenderaan bermotor syarikat dilaksanakan.

Spanco Group adalah kumpulan kereta sewa persendirian terbesar di Malaysia yang mempunyai hak eksklusif untuk memajak kereta rasmi kepada kerajaan.

Bagi mematuhi dasar alam sekitar, sumbangan sosial dan tadbir urus korporat (ESG), Spanco mesti mengubah portfolio pengoperasian yang mana  33 peratus daripada kumpulannya kepada segmen EV pada tahun akan datang.

Pada penutup pasaran semalam, saham CFM meningkat selepas mencatat kenaikan RM0.44 atau 29.53 peratus kepada RM1.93 dengan 9,451,400 saham diniagakan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI