fbpx

Filipina tutup 175 pusat judi online China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 40,000 pekerja warga China di pusat judi online POGO haram akan dihantar pulang ke Tanah Besar. - NewPost

MANILA – Kerajaan Filipina mengumumkan akan menutup lebih 175 sarang perjudian dan menghantar pulang kira-kira 40,000 pekerja China dalam usaha membanteras aktiviti judi online haram, lapor laman berita Wion News kelmarin.

“Tindakan ini dibuat susulan laporan pembunuhan, penculikan dan jenayah lain yang dilakukan sesama sendiri oleh warga China,” kata jurucakap kementerian kehakiman, Jose Dominic Clavano.

Kementerian berkata,  langkah pembasmian tersebut  bertujuan untuk menghantar mesej jelas selepas kadar jenayah di seluruh Filipina melambung tinggi.

“Ini benar-benar tugas kita kepada masyarakat dan memastikan jenayah  tidak dilakukan.

“Kami fikir lebih baik untuk menghantar isyarat bahawa  tingkah laku seperti ini tidak boleh diterima oleh masyarakat dan negara Filipina,” tegas Dominic.

Pengendali permainan luar pesisir Filipina atau POGO telah berkembang pesat di negara itu selepas tahun 2016 apabila Presiden Rodrigo Duterte mula menjalin hubungan lebih rapat dengan China.

Industri perjudian memuncak sekitar 2020 apabila ia mengumpul kira-kira AS$122 juta (RM563 juta) dan menggaji hampir 300,000 pekerja China.

Bagaimanapun, peningkatan mendadak POGO juga membawa kepada peningkatan jenayah individu dengan kebanyakannya orang Cina terlibat dalam jenayah penculikan, pelacuran dan pembunuhan.

Pengawal selia memaklumkan bahawa hanya 30 POGO yang mempunyai lesen untuk menjalankan operasi di negara itu,  manakala selebihnya sama ada menggunakan lesen yang telah tamat tempoh atau dibatalkan.

Kedutaan China dalam satu kenyataan menyokong langkah itu dan menambah POGO telah menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara,

“Jenayah yang disebabkan oleh dan dikaitkan dengan perjudian online bukan sahaja menjejaskan kepentingan China dan hubungan China-Filipina tetapi juga menjejaskan kepentingan Filipina,” tulis satu kenyataan rasmi kedutaan.

Kegiatan perjudian dilarang sama sekali di tanah besar China dan sejak tahun lepas, rejim Presiden Xi Jinping telah menguatkuasakan undang-undang perjudian online dengan mengehadkan masa permainan kanak-kanak dan remaja. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI