fbpx

Sime Darby jual kereta elektrik BYD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASHAM (kanan) dan Xueliang (kiri) pada majlis menandatangani perjanjian pengedaran kenderaan BYD di pasaran tempatan bertempat di Ara Damansara, hari ini.

PETALING JAYA – Sime Darby Motors (SDM) Malaysia menandatangani perjanjian pengedaran bersama BYD hari ini, yang menandakan kemasukan pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkenal dari China itu di pasaran tempatan.

Menerusi perjanjian tersebut, SDM bakal menjual model EV ATTO 3 dan e6 di sini.

Pengarah Urusan SDM Malaysia, Andrew Basham berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran BYD dalam senarai jenama kenderaan berkelas dunia yang ditawarkan SDM di sini, selaras dengan komitmen pihaknya untuk menggalakkan penggunaan EV dalam kalangan masyarakat.

“BYD ialah pengeluar kenderaan tenaga baharu terkemuka dunia dan perkongsian ini akan membawakan kepakaran BYD ke pasaran Malaysia melalui pelbagai model EV yang bakal ditawarkan.

“Usahasama ini adalah salah satu daripada langkah yang diambil oleh SDM bagi mencapai matlamat untuk menjadi peneraju dalam EV, juga sejajar dengan dorongan kerajaan ke arah mobiliti rendah karbon,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Jualan Kenderaan Asia Pasifik BYD, Liu Xueliang berkata, terdapat peluang pertumbuhan yang luas dalam ekosistem EV dan Malaysia merupakan pasaran utama dalam langkah pengembangan syarikat.

“Kami berharap kerjasama dengan SDM yang memiliki prestasi terbukti dan kehadiran mantap dalam sektor automotif di rantau Asia Pasifik dapat memberi perkhidmatan serta memenuhi permintaan EV yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI