fbpx

Buruh Myanmar maut dihempap runtuhan konkrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buru warga Myanmar dikenali sebagai Mohd. Enus Karim meninggal dunia selepas dihempap runtuhan konkrit berhampiran sekolah memandu Indera Mahkota 15/44 di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Buruh warga Myanmar maut selepas dihempap runtuhan konkrit ketika melakukan kerja pembinaan longkang berhampiran sekolah memandu dekat Indera Mahkota 15/44 di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, dua lagi rakan senegara mangsa yang berada berhampiran mangsa turut dihempap runtuhan konkrit dan mengalami kecederaan parah.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd. Enus Karim Ullah, 29, manakala mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Ellyas Rohsit Ullah, 31, dan Mohammad Soyat Abulhasim, 44.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 4.06 petang.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati runtuhan konkrit simen setinggi kira-kira 2.4 meter telah tumbang dan menghempap ketiga-tiga mangsa yang sedang menjalankan kerja-kerja membuat longkang bersebelahan konkrit berkenaan.

“Pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa yang meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa mengalami cedera parah dan telah dihantar ke hospital.

“Mangsa yang meninggal dunia telah dihantar ke unit forensik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk tujuan bedah siasat selepas menjalankan ujian Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sebuah jentera bersama tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota bergegas ke lokasi kejadian bagi kerja menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati mangsa yang dihempap dan ditimbus deretan bata itu sudah meninggal dunia.

“Dua lagi rakan mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi rawatan lanjut,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI