fbpx
KUMPULAN imigran berjalang pulang ke Maghribi dengan diiringi askar Sepanyol di Ceuta semalam. – AFP

72 korban ‘serbuan’ pendatang di Ceuta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CEUTA – Sekurang-kurangnya 72 orang maut semasa kemasukan besar-besaran pendatang asing ke wilayah Sepanyol di Afrika Utara, Ceuta dari Maghribi, kata beberapa pegawai Sepanyol semalam, walaupun Rabat kemudiannya mengemukakan anggaran lebih rendah.

Kebanyakan daripada kira-kira 60,000 imigran yang menyerbu Ceuta baru-baru ini telah kembali ke Maghribi. Ia adalah cubaan terbesar imigran untuk memasuki wilayah Sepanyol  di Afrika Utara.

“Angka terbaru kami ada ialah 72 kemarian,”  kata delegasi Madrid  ke Ceuta, Miguel Angel Perez Triano kepada pemberita. Angka korban sebelum ini seramai 67 orang.

Lewat semalam, Kementerian Dalam Negeri Maghribi mengeluarkan angka korbannya sendiri, dengan mengatakan, 11 orang maut ketika cuba sampai ke Ceuta. Menurutnya, 10  orang lemas, manakala seorang terjatuh dari kawasan berbatu.

Semalam polis dan tentera Sepanyol meronda di jalan-jalan di Ceuta ketika situasi kembali tenang selepas kemasukan besar-besaran pendatang asing secara mengejut antara Rabu hingga  Jumaat lalu.

Sementara itu, beberapa penganalisis berkata, Maghribi mungkin membenarkan sebegitu ramai pendatang menyeberangi sempadan untuk mengenakan tekanan diplomatik ke atas Sepanyol yang baru-baru ini menambah baik hubungannya dengan musuh ketat Rabat, Algeria. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN