fbpx
PEARLY dan Thinaah akur sekadar muncul naib juara Terbuka Taiwan selepas tewas kepada pasangan Jepun semalam.

Pearly-Thinaah kembali beri petanda positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MESKIPUN terlepas peluang menjulang gelaran kedua Jelajah Dunia musim ini, pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah tetap membawa pulang satu suntikan keyakinan apabila berjaya menamatkan kemarau penampilan di pentas final menjelang Kejohanan Dunia di India, hujung bulan ini.

Pada aksi final Terbuka Taiwan semalam, pasangan ranking keempat dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan gandingan Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi apabila tewas 16-21, 18-21 dalam saingan Super 300 di Taipei Arena.

Thinaah mengakui mereka berdepan tekanan hebat daripada corak permainan agresif lawan sehingga menyukarkan usaha untuk melaksanakan perancangan yang telah dirangka sejak awal perlawanan.

“Pasangan Jepun bermain dengan sangat baik terutama menerusi serangan mereka yang banyak memberi tekanan kepada kami. Ketika bertahan, terutama di bahagian saya, ia benar-benar menguji kemampuan dan itu antara perkara yang perlu saya perbaiki,” kata Pearly.

Bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu enggan terlalu memikirkan kekalahan tersebut kerana menganggap pencapaian mara ke final sudah membuktikan Pearly-Thinaah semakin kembali menemui rentak sebenar selepas bergelut dengan masalah kecergasan sejak beberapa bulan lalu.

“Kami sudah tahu apa yang perlu diperbaiki apabila pulang nanti dan kami akan bekerja lebih keras untuk menjadi lebih baik,” ujar Pearly kepada BWF selepas perlawanan.

Dalam aksi final beregu lelaki, gandingan baharu negara, Aaron Chia-Aaron Tai turut terlepas peluang merangkul gelaran juara apabila tewas tipis 21-23, 19-21 kepada pasangan Indonesia, Daniel Marthin-Leo Rolly Carnando, sekali gus membawa pulang gelaran naib juara.

Bagaimanapun, kejayaan itu menjadi gelaran pertama buat gandingan senior-junior berkenaan sejak digandingkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sekali gus memberi petanda positif terhadap eksperimen baharu badan induk itu menjelang baki saingan musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN