fbpx
Lokasi kejadian mangsa maut dihempap blok konkrit di Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh semalam.

Budak maut dihempap blok konkrit ketika main gali lubang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Seorang kanak-kanak maut manakala bapa saudaranya cedera selepas dihempap blok konkrit rumah semasa bermain dan menggali lubang pada kawasan pasir di depan rumah mereka di Kampung Dalam Rhu di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Mohamad Yusof Nor Ismail, 12, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala bapa saudaranya, Muhamad Yunus Nasir, 12, dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali, Fakarudin Abu Hassan berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua kanak-kanak terbabit dipercayai sedang bermain dan menggali lubang di kawasan tanah berpasir berhampiran rumah mereka.

Katanya, blok konkrit yang berada berhampiran kawasan itu dikatakan tiba-tiba tumbang lalu menghempap mangsa.

“Sebelum itu, pihaknya kami menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.55 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi. Semasa tiba di lokasi, kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam daripada kawasan itu.

“Anggota bomba kemudian memberikan rawatan awal sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Fakarudin memberitahu, jenazah mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN