fbpx
Pemandu Honda Jazz tersebut ketika hadir ke Mahkamah Seremban, hari ini._Foto Oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

Tiga maut: Pemandu Honda Jazz diarah ke Henry Gurney, bayar pampasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki bawah umur yang memandu kereta Honda Jazz secara berbahaya hingga menyebabkan tiga maut dalam nahas di Senawang tahun lalu ditempatkan di Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun.

Majistret Nurul Azuin Mohd. Talhah menjatuhkan hukuman itu selepas pesalah yang kini berusia 18 tahun sembilan bulan tersebut mengaku bersalah di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Kanun Keseksaan.

Nurul Azuin membuat keputusan itu selepas mengambil kira laporan sosial yang dikemukakan Pegawai Perintah Khidmat Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Faizudin Ahmad Zaini selain meneliti hujahan pemberat pihak pendakwaan dan mitigasi pihak pembelaan.

Mahkamah memerintahkan pesalah itu dihantar ke Sekolah Henry Gurney berkuat kuasa hari ini dan ibunya sebagai penjaga dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM4,000.

Remaja itu juga perlu ditempatkan di bawah pengawasan pegawai akhlak selama setahun selepas tamat tahanan.

Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 26(1) APJ 1987 kerana memandu tanpa lesen, remaja itu diperintahkan membayar denda RM2,000, atau penjara satu bulan jika gagal bayar.

Mahkamah turut memerintahkan ibu bapa remaja itu membayar pampasan RM2,000 kepada setiap keluarga mangsa selaras Seksyen 426A Kanun Tatacara Jenayah.

Terdahulu, remaja itu hadir ke mahkamah hari ini dalam keadaan bertongkat dengan ditemani ahli keluarganya

Sementara itu, peguam Johan Radzi memohon penangguhan tersebut atas faktor kesihatan anak guamnya. Bagaimanapun, mahkamah menolak rayuan tersebut dan memaklumkan sekolah tersebut mempunyai fasiliti kesihatan untuk merawatnya.

Johan berkata, mahkamah turut mengarahkan keluarga anak guamnya untuk membayar pampasan RM2,000 kepada setiap empat keluarga mangsa hari ini.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN