fbpx

Jet pejuang lakukan aksi lagak ngeri, nyaris langgar jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jet pejuang itu kelihatan hampir melanggar sebuah jambatan di Brisbane, Australia. - SWNS

CANBERRA – Sebuah jet pejuang nyaris melanggar sebuah jambatan di Australia ketika melakukan aksi terbang rendah pada kelajuan 800 kilometer sejam (km/j), lapor akhbar The Sun semalam. 

Gambar yang dikongsikan menunjukkan sebuah jet pejuang F/A-18F Super Hornet terbang di atas Story Bridge di bandar Brisbane.

Aksi itu dirakam ketika pesawat Tentera Udara Australia menjalani latihan awal bulan ini menjelang festival Brisbane Riverfire.

Menerusi rakaman tersebut, seorang penonton dilihat cuba merakam swafoto berbanding menonton pesawat itu di hadapannya.

“Gambar-gambar itu dirakam dari atas bumbung pangsapuri enam tingkat di New Farm,” kata seorang penonton, Nino Lo Giudice yang merakam beberapa gambar kejadian.

Walaupun pesawat itu kelihatan dekat dengan jambatan, seorang penonton, David Kapernick berkata: “Ia (jarak pesawat) adalah kira-kira 400 hingga 500 meter antara jambatan dan bandar.

“Pesawat itu mesti terbang kira-kira 150 hingga 200 meter dari orang ramai. Ia terbang sekitar 700 hingga 800 km/j,” katanya.

Bagaimanapun, laman web penerbangan Australian Aviation mendakwa bahawa pesawat itu terbang dalam jarak hanya 70 meter daripada penonton. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI