fbpx

Doktor temui jarum akupunktur dalam kemaluan budak 11 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebatang jarum menembusi saluran kencing seorang budak lelaki di China. - Hospital Kanak-kanak Jiangxi/Asia

BEIJING – Sepasukan doktor di China terkejut apabila menemui sebatang jarum akupunktur selepas melakukan imbasan X-ray pada kemaluan seorang kanak-kanak lelaki, lapor portal berita MailOnline semalam.

Petugas perubatan menemui jarum itu selepas memeriksa pesakit berusia 11 tahun yang mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.

Disebabkan sukar menjelaskan kesakitan yang dialami, budak lelaki itu dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Jiangxi di wilayah Jiangxi untuk menjalani imbasan X-ray.

Selepas imbasan dilakukan, doktor terkejut apabila menemui sebatang jarum sepanjang 8 sentimeter yang dimasukkan ke dalam kemaluannya dan menghalang saluran pundi kencing.

Selepas menyoal budak lelaki itu, dia mengaku memasukkan jarum tersebut ke dalam saluran zakarnya kerana bosan dan ingin tahu sama ada perkara itu boleh dilakukan atau tidak.

Ketua perubatan, Rao Pinde berkata, budak lelaki itu memasukkan jarum tersebut 12 jam sebelum dia gagal membuang air kecil.

Pesakit itu kemudian menjalani pembedahan untuk mengeluarkan jarum tersebut. Dia kemudian dibenarkan pulang selepas prosedur itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI