fbpx

Demonstrasi antihijab merebak di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita memotong rambut sebagai membantah kematian Mahsa Amini. – Twitter

TEHRAN – Seorang peserta tunjuk perasaan di Iran bertindak membuka tudung dan memotong rambut sebagai membantah kematian Mahsa Amini yang mati ketika dalam tahanan polis baru-baru ini, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Pihak berkuasa Iran kelmarin berkata, tiga individu termasuk seorang anggota polis terbunuh dalam protes yang  masuk hari kelima malam Selasa lalu.

Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam demonstrasi tersebut.

Kematian Mahsa, 22, ketika berada dalam tahanan polis moral di Teheran minggu lalu telah mencetuskan kemarahan di seluruh Iran dan turut membangkitkan pelbagai isu lain.

Polis moral merupakan  unit khas yang menguatkuasakan etika pemakaian  tegas untuk wanita seperti kewajipan memakai tudung di tempat awam.

Selepas tercetus ketika pengebumian Mahsa di wilayah Kurdistan Sabtu lalu, demonstrasi itu merebak ke sebahagian besar Iran, yang membawa kepada pertempuran  antara kumpulan penunjuk perasaan dan anggota keselamatan.

Malam Selasa lalu, beribu-ribu orang turun ke jalan-jalan raya di berpuluh-puluh pekan dan bandar, dari ibu negara Iran, Teheran hinggalah  ke kawasan lebih konservatif seperti Mashad.

Rakaman video memaparkan sebilangan penunjuk perasaan melaungkan slogan: “Wanita, kehidupan, kebebasan.”

Sebilangan penunjuk perasaan lain menghidupkan unggun api, bertempur dengan polis atau membuka dan membakar tudung mereka, malah ada yang memusnahkan poster Pemimpin Tertinggi Iran sambil bersorak: “Matilah diktator.”

Beberapa saksi memberitahu saluran berita CNN bahawa protes malam Selasa lalu berlaku dengan pantas, di mana kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan segera  bersurai untuk mengelak bertembung dengan pasukan keselamatan selepas keganasan semakin meningkat minggu lalu.

“Dua lelaki muda dibelasah  polis berpakaian biasa dengan polis antirusuhan menghumban  mereka ke dalam van.

“Seorang gadis yang cedera pula terbaring di tepi jalan dan dibawa ke hospital oleh ambulans, manakala lima lagi ditahan di utara Enghelab Square,” kata saksi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI