fbpx
TRUMP tiba di pentas bersama Infantino untuk proses cabutan Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada danMexico pada 5 Disember 2025. – AFP

Trump, FIFA didesak tendang Iran daripada Piala Dunia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump dan Presiden FIFA, Gianni Infantino didesak supaya menyingkirkan Iran daripada  Piala Dunia 2026 dan tempatnya digantikan oleh Itali, lapor laman berita Daily Star semalam.

Wakil khas Amerika Syarikat(AS), Paolo Zampolli berkata, Itali mempunyai ‘latar belakang yang mewajarkan kemasukan’ ke dalam Piala Dunia 2026, malah  mendakwa bahawa beliau telah mengemukakan cadangan mengenainya kepada Trump dan Infantino.

Itali mengalami kekalahan memalukan dalam perlawanan play-off menentang pasukan bukan pilihan,  Bosnia dan Herzegovina.

Bercakap kepada akhbar  Financial Times, Zampolli berkata: “Saya mengesahkan saya telah mencadangkan kepada Trump dan (Presiden FIFA) Infantino agar Itali menggantikan Iran pada  Piala Dunia 2026.”

Trump sebelum ini berkata, pemain bola sepak Iran akan ‘dialu-alukan’ untuk datang ke AS, tetapi juga menyebut,  ia berpotensi berbahaya buat mereka.

Menulis di laman Truth Social  Mac lalu, Trump berkata: “Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Iran dialu-alukan ke Piala Dunia, tetapi saya benar-benar tidak percaya adalah wajar untuk mereka berada di sana, demi kehidupan dan keselamatan mereka sendiri.”

FIFA enggan mengulas mengenai Iran digantikan tetapi Infantino berkata minggu lalu bahawa ‘pasukan Iran akan datang, sudah tentu’.
Dengan konflik Iran yang berterusan dan Piala Dunia menjelang hanya beberapa minggu lagi, tidak jelas sama ada penyertaan Iran dalam Piala Dunia akan berubah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN