fbpx
DUTA Lubnan ke AS, Nada Hamadeh Moawad beredar selepas bertemu Trump di White House semalam. – AFP

Israel, Lubnan sambung gencatan senjata rapuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Israel dan Lubnan melanjutkan gencatan senjata  rapuh selama tiga minggu lagi, kata Presiden Donald Trump semalam, ketika Amerika Syarikat(AS) buntu dalam rundingan dengan Iran untuk menamatkan perang Asia Barat.

“Saya berpendapat wujud peluang yang sangat baik untuk mencapai keamanan. Saya rasa ia sepatutnya mudah,” kata Trump kepada pemberita semalam. Gencatan senjata awal antara Beirut dan Tel Aviv sepatutnya tamat Ahad ini.

Bagaimanapun, Trump menambah, beliau tidak tergesa-gesa untuk menamatkan perang dengan Iran.

Menurutnya, ‘masa semakin suntuk’  buat Tehran dengan kapal pengangkut pesawat Amerika ketiga tiba di  Asia Barat.

Rundingan damai yang dijangka diadakan Pakistan juga masih samar, manakala tiada tanda Tehran dan Washington akan kembali ke meja rundingan untuk menamatkan kebuntuan di Selat Hormuz.

Semalam Trump menolak penggunaan senjata nuklear terhadap Iran.Namun, beliau mengarahkan Tentera Laut AS untuk memusnahkan mana-mana bot Iran yang didapati memasang periuk api di Selat Hormuz. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN