fbpx
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif (kanan) bercakap dengan Araghchi (tengah) semasa pertemuan di Islamabad semalam. - AFP

Trump batal rundingan kedua AS-Iran di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump membatalkan lawatan yang dirancang oleh pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) ke Pakistan untuk rundingan mengenai perang Iran semalam, sejurus selepas delegasi Tehran meninggalkan Islamabad, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Trump berkata, Utusan Khas, Steve Witkoff dan menantunya, Jared Kushner akan membuang terlalu banyak masa sekiranya meneruskan rundingan, sambil menambah bahawa jika Iran mahu berunding, mereka hanya perlu menghubungi Washington.

Tambah beliau, terdapat pergaduhan dalaman dan kekeliruan yang hebat dalam kepimpinan Iran.

“Tiada siapa yang tahu siapa yang bertanggungjawab, termasuk mereka.

“Selain itu, kami mempunyai semua kelebihan, mereka tidak mempunyai apa-apa! Jika mereka mahu bercakap, apa yang mereka perlu lakukan ialah menghubungi!!!” tulis Trump di platform Truth Social.

Terdahulu, Menteri Luar Iran, Abbas Aragchi mengadakan rundingan dengan pengantara Pakistan serta berkata, beliau telah berkongsikan pendirian Iran untuk menamatkan perang.

Namun katanya, Iran masih belum melihat sama ada AS benar-benar serius tentang mencapai diplomasi.

Usaha diplomatik telah terhenti walaupun Trump melanjutkan gencatan senjata yang sepatutnya tamat pada 22 April lalu untuk membolehkan rundingan diteruskan.

White House minggu lalu berkata, Iran ingin berbincang apabila lawatan itu diumumkan pada hari Jumaat, namun Tehran berkata, tiada rancangan untuk pertemuan langsung.

Sementara itu, ditanya sama ada lawatan AS yang dibatalkan itu bermaksud perang akan disambung semula, Trump memberitahu laman berita Axios: “Tidak, ia tidak bermaksud begitu. Kami belum memikirkannya lagi.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN