fbpx
Trump bercakap semasa satu majlis di White House semalam. – AFP

Trump terima tamparan, Dewan Perwakilan mahu perang Iran ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Dewan Perwakilan senalam meluluskan resolusi mengarahkan pengunduran tentera Amerika Syarikat  daripada perang Iran, langkah bersifat simbolik, namun memberikan tamparan politik kepada Presiden Donald Trump.

Empat wakil rakyat Parti Republikan pimpinan Trump menyertai anggota Demokrat dalam menyokong langkah itu. Resolusi itu diluluskan dengan undi 215-208 tetapi dijangka berdepan kuasa  veto Presiden AS.

“Ini adalah mesej  lantang dan tidak berbelah bahagi kepada Presiden  Trump bagi pihak rakyat Amerika. Sudah  tiba masanya untuk beliau menamatkan perang pilihannya di Iran yang sangat tidak popular dan menyalahi undang-undang,” kata ahli-ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri Demokrat di platform X.

Langkah itu menandakan kali pertama Dewan Perwakilan yang dikuasai Parti Republikan meluluskan langkah yang bertujuan memaksa Trump untuk mengurangkan operasi ketenteraan terhadap Tehran sejak perang bermula tiga bulan lalu.

Parti Demokrat melihat undian itu sebagai titik perubahan yang berpotensi dalam usaha untuk menegaskan semula peranan Kongres dalam membuat keputusan mengenai perang dan keamanan.

Pentadbiran Trump bertegas bahawa perang  ke atas Iran sudah berakhir, walaupun berlaku insiden berbalas serangan yang berterusan antara tentera kedua-dua pihak dan sedikit tanda kemajuan sebenar dalam rundingan damai.

Parti Demokrat menuduh Trump melanggar Perlembagaan dengan melancarkan serangan ke atas Iran bersama Israel pada akhir Februari lalu tanpa kebenaran Kongres. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN