fbpx

Akshay Kumar pernah dicabul ketika kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSHAY KUMAR

PELAKON Akshay Kumar mendedahkan kisah hitam yang berlaku kepadanya sewaktu kecil sekali gus meninggalkan kesan trauma yang mendalam sehingga dewasa.

Menerusi temu bual bersama Hindustan Times, aktor yang kini berusia 55 tahun itu membuat pengakuan pernah menjadi mangsa serangan seksual sewaktu masih kanak-kanak.

Ujar Akshay, dia pernah dicabul oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh bangunan ketika usianya dalam lingkungan lima tahun.

“Ada seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh binaan telah mencabul saya sewaktu kecil. Lelaki itu menyentuh bahagian kemaluan saya.

“Perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku,” katanya.

Ujar bintang bintang filem Dil To Pagal Hai itu, dia memberitahu hal tersebut kepada orang tuanya.

Malah si pelaku juga telah pun ditangkap pihak polis pada ketika itu.

“Nasib baik saya mempunyai hubungan komunikasi yang baik dengan orang tua saya.

“Saya telah memberitahu tentang apa yang berlaku sehingga lelaki itu akhirnya ditangkap polis.

“Perkara seumpama ini (cabul kanak-kanak) tidak seharusnya berlaku. Nasihat saya kepada mangsa, tolong jangan mendiamkan diri anda!” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI