fbpx

1MDB: Dokumen siasatan Tawfiq Ayman perlu melalui MLA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Acryl Sani dan Dr Tawfiq Ayman.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenalpasti dokumen dan keterangan yang dikaitkan dengan suami bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Dr Tawfiq Ayman berhubung siasatan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagi membolehkan dokumen yang perlu diperoleh di Singapura itu sah di sisi undang-undang Malaysia, ia perlu melalui proses Mutual Legal Assistance (MLA).

“Pada April lalu, PDRM telah pun mengemukakan permohonan dibawah MLA melalui Jabatan Peguam Negara kepada pihak berkuasa Singapura, ” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelantikan 104 figura sebagai Duta Anti-Scam JSJK di Maktab PDRM Cheras, di sini hari ini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, pihaknya sudah mengenal pasti dokumen dan keterangan yang diperlukan untuk siasatan ke atas suami Tawfiq.

Menurutnya, pasukan penyiasat PDRM sudah mengadakan perbincangan dengan pihak Commercial Affair Department (CAD) Singapura pada 29 hingga 31 Mac lalu.

Tawfiq yang juga suami kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz disiasat susulan dakwaan menerima dana berkaitan 1Malaysian Development Berhad (1MDB), namun beliau menerusi firma guaman Tetuan Jagjit, Ariff & Co menjelaskan tidak pernah menerima sebarang bentuk rasuah daripada sesiapa.

Kenyataan tersebut hadir susulan keterangan diberikan Leissner yang juga bekas pengerusi syarikat perbankan, Goldman Sachs pada prosiding perbicaraan terhadap bekas pegawai bawahannya, Roger Ng di Mahkamah Tinggi Brooklyn, New York, awal tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI