fbpx

Lelaki lari panjat dinding tikus masuk bilik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang lelaki merakam seekor tikus memasuki tandas rumahnya. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang lelaki yang nekad memanjat dinding selepas melihat seekor tikus di dalam bilik air, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos.

Lelaki itu merakam seekor tikus yang sedang berkeliaran di dalam bilik air ketika dia sedang menggunakannya.

Dia beberapa kali menyiram tikus itu menggunakan air untuk menghalaunya, tetapi ia masih terperangkap di dalam bilik air tersebut.

Kamera kemudian memaparkan wajah lelaki itu yang menggantung tuala pada lehernya. Dia meminta bantuan untuk menyelamatkan diri.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Pegang lalu tenggelamkan ke dalam lubang tandas,” kata seorang netizen.

“Perkara yang sama berlaku kepada saya dua hari lalu. Terus mahir dalam bidang akrobatik hanya kerana seekor tikus masuk alam bilik air,” komen netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI