fbpx

Raihan muat naik gambar bersama Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raihan bertemu Ratu Elizabeth II suatu masa dahulu.

PETALING JAYA – Kumpulan nasyid popular tanah air, Raihan berkongsi gambar mengimbas kisah bertemu Ratu Elizabeth II sewaktu kedatangan baginda di Malaysia suatu masa dahulu.

Menerui Instagram Raihan, kumpulan nasyid itu menceritakan pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk membuat persembahan di Edinburg.

“Raihan pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan nyanyian pada mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel di Edinburgh.

“Gambar di atas adalah sewaktu Raihan menerima kunjungan Ratu Elizabeth II di Studio Synchrosound, Petaling Jaya,” katanya ringkas pada keterangan gambar tersebut.

Dalam pada itu, Raihan turut mengajak peminat untuk menghadiri konsert iaitu Garis Masa Concert Raihan yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 26 November depan.

“Kami akan bawakan banyak lagi kisah-kisah kami menuju ke Garis Masa Concert Raihan akan datang,” katanya.

Media melaporkan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun dan perkara tersebut disahkan oleh Istana Buckingham.

Ratu Elizabeth II atau nama sebenarnya, Elizabeth Alexandra Mary, menaiki takhta pada 6 Februari 1952 susulan kemangkatan ayahandanya, Raja George VI pada tarikh berkenaan.

Media Britain melaporkan baginda merupakan pemerintah paling lama monarki Britain selama 70 tahun 214 hari, telah mangkat di Istana Balmoral, Aberdeenshire, Scotland. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI