fbpx

‘Kami tidak pernah keluarkan surat minta wang’ – MOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat palsu yang dikeluarkan oleh sindiket penipuan yang dikesan semakin berleluasa.

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat yang meminta mana-mana pihak untuk membuat pembayaran bagi mendapatkan jumlah wang tertentu masuk ke akaun mereka.

Kementerian tersebut berkata demikian menerusi perkongsian di laman media sosial hari ini bagi mengulas mengenai satu taktik penipuan menggunakan nama dan surat rasmi MOF yang dikesan semakin berleluasa.

“Ini adalah salah satu penipuan terkini yang sedang berleluasa dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Orang ramai diminta agar lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran dengan pulangan yang tinggi dengan cara yang mudah,” katanya.

Menerusi perkongsian tersebut, kementerian itu turut memuat naik gambar surat dimaksudkan yang tertera kepala surat MOF beserta nombor rujukan yang mengarahkan penama tertentu membuat pembayaran untuk pengaktifan akaun sandaran.

Pengaktifan akaun sandaran itu dipercayai bagi membolehkan penama menerima wang tertentu dipindahkan ke dalam akaun mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI