fbpx
POTTER dilapor menjadi pilihan Chelsea untuk mengemudi pasukan itu menggantikan Tuchel. – AFP

EPL: Chelsea idam nikmati sentuhan Graham Potter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Brighton, Graham Potter dilaporkan bersedia untuk mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan Chelsea mengenai keinginan kelab itu untuk melantiknya sebagai pengurus baharu menggantikan Thomas Tuchel.

Potter menjadi calon sasaran pemilik Chelsea, Todd Boehly selepas berjaya membantu Brigh­ton memulakan kempen musim ini dengan cemerlang hasil empat kemenangan daripada enam aksi termasuk menewaskan Manchester United di Old Trafford sebelum ini.

Ahli lembaga pengarah Brigh­ton dilaporkan sudah memberikan kebenaran kepada Chelsea untuk mengadakan rundingan dengan Potter selepas kelab London itu bersetuju dengan nilai pampasan sebanyak £16 juta (RM82.86 juta).

The Blues dikatakan mahu rundingan ini berlangsung de­ngan pantas untuk memastikan Potter mampu untuk mengambil alih tanggungjawab yang di­tinggalkan oleh Tuchel secepat mungkin sebelum aksi hujung minggu berlangsung.

Boehly mengeluarkan per­belanjaan sebanyak £200 juta (RM1.03 bilion) pada jendela perpindahan lalu untuk membawa masuk pemain baharu bagi menguatkan pasukan itu, namun mereka berdepan situasi sukar pada permulaan musim.

Chelsea sekadar meraih tiga kemenangan daripada enam perlawanan termasuk berdepan dua kekalahan menyaksikan mereka sekadar menghuni tangga keenam dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kemuncak kesabaran ­Boeh­ly terhadap Tuchel berakhir selepas Chelsea tewas mengejut 0-1 kepada Dinamo Zagreb pada aksi Liga Juara-Juara kelmarin me­nyaksikan pengurus dari Jerman itu terpaksa melepaskan tugasnya.

Dalam pada itu, Chelsea dilaporkan perlu membayar pampasan seba­nyak £15 juta (RM77.68 juta) ekoran pemecatan Tuchel apabila pengurus berkenaan dijangka menerima sebanyak £13 juta (RM67.32 juta), manakala baki­nya akan diberikan kepada staf kejurulatihan yang lain.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN