fbpx

Hujan lebat luar biasa melanda India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki bersama dua kanak-kanak perempuan berjalan ketika hujan di bandar Ahmedabad pada 1 September lalu. - AFP

NEW DELHI – India mengalami hujan lebat luar biasa bulan lalu, lapor pejabat kaji cuaca negara itu dan laman berita Thaiger kelmarin.

Taburan hujan pada Ogos 2022 adalah 3.4 peratus lebih tinggi daripada kadar purata di India. Pada bulan sebelumnya, India merekodkan hujan 16.8 peratus melebihi kadar purata.

Hujan lebat menyebabkan banjir di seluruh negara. Pada minggu ini, kira-kira 700 suku kaum di negeri Maharashtra terpaksa meninggalkan rumah mereka dan berkhemah di sepanjang lebuh raya akibat banjir.

Di daerah Gadchiroli di Maharashtra, sekurang-kurangnya 34 daripada 52 bandar dan kampung yang terletak di sepanjang tebing sungai, dinaiki air selama beberapa hari. Tiga daripada kampung itu hampir musnah sepenuhnya, manakala paras air berada pada tahap tertinggi dalam tempoh 35 tahun.

Sejak 19 Ogos lalu, sekurang-kurangnya 32 orang di negeri Uttarakhand dan Himachal Pradesh, utara India terbunuh akibat banjir dan bencana tanah runtuh.

Banjir semasa hujan monsun meragut nyawa di seluruh rantau Asia. Pakistan menyaksikan hujan paling lebat melanda dalam tempoh 30 tahun pada bulan lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 549 orang terkorban, manakala lebih 46,200 rumah sama ada musnah atau rosak.

Di Thailand, banjir di 28 wilayah telah mengorbankan tiga orang dan menjejaskan 14,657 isi rumah antara 15 hingga 23 Ogos lalu, demikian menurut laporan Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana.

Dua kematian dilaporkan di wilayah Petchabun, tengah Thailand manakala maklumat mengenai mangsa ketiga tidak didedahkan. Memandangkan musim tengkujuh berterusan, negara-negara akan Asia terus menanggung beban akibat banjir. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI