fbpx
Anthony melawat ruang pemeriksaan kenderaan ketika sesi pelancaran PPKM MV15, Carro Technology di TTDI Grove Square 2, Kajang hari ini. Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

‘Persepsi orang ramai, ada JPJ jadi takut disaman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Kehadiran pihak berkuasa termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kawasan panas atau hot spot sempena Ops Khas Hari Raya Aidiladha bukan bertujuan untuk menyaman pemilik kenderaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebaliknya langkah berkenaan dapat memberi kesedaran kepada pengguna supaya berhati-hati dan mengambil berat keselamatan sekali gus mengelakkan kemalangan.

“Setiap kali musim raya, ops bersepadu ini dapat kurangkan kemalangan. Apa kita buat selama ini yang mana kita lakukan pelbagai pendekatan termasuk meletakkan anggota penguat kuasa di hot spot.

“Persepsi orang ramai ini, ada JPJ jadi takut disaman. Tujuan kita bukan nak denda atau saman, tapi nak mereka berhati-hati. Ini adalah kesan psikologi yang mana mereka kemudian berwaspada dan dapat kurangkan kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) bagi Pemeriksaan Tukar Hak Milik Persendirian (MV15) oleh Carro Technology di cawangan TTDI Grove Square 2 di sini, hari ini.

Dalam masa sama, katanya, kira-kira 2,000 anggota JPJ turut digerakkan bagi operasi bersepadu tersebut dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia di seluruh negara bermula 24 hingga 31 Mei ini.

Ditanya berhubung bas ekpres, Anthony berkata, pemeriksaan turut dijalankan di terminal sebelum bas bergerak dan ini melibatkan antaranya, pemandu bas, cukai jalan, insurans, permit dan Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

“Operasi dan pemeriksaan ini secara berterusan termasuk saringan ujian dadah. Kita beri tanggungjawab ke atas syarikat dan jika mereka gagal berbuat demikian, boleh dikenakan tindakan.

“JPJ tak boleh nak periksa semua pemandu, hanya dibuat berkala di terminal. Tapi syarikat ada tanggungjawab mereka untuk pastikan pemandu dalam keadaan baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN