fbpx

17 maut akibat minum arak beracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan botol minuman gin City 5. - MailOnline

KAMPALA, Uganda – Sekurang-kurangnya 17 orang maut, manakala sejumlah yang lain dikejarkan ke hospital selepas minum minuman keras beracun dari kiosk tepi jalan di utara Uganda, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Mangsa-mangsa yang menetap di bandar Arua telah meminum gin (sejenis minuman keras) jenama City 5. Arak itu sebaliknya mengandungi methanol iaitu sejenis alkohol beracun, kata ketua Biro Piawaian Kebangsaan Uganda (UNBS), David Livingstone Ebiru. 

Kesemua mangsa yang merupakan lelaki berusia antara 43 hingga 53 tahun itu meninggal dunia sama ada di rumah atau hospital.

“Sampel yang diambil oleh Pasukan Polis Uganda dari kiosk tempat produk itu dijual didapati dicemari dengan tahap methanol yang berlebihan.

“Pelaku mungkin sengaja dan secara haram menggunakan metanol sebagai alternatif lebih murah untuk meningkatkan potensi gin City 5 dan bukannya etanol biasa yang digunakan dalam menghasilkan minuman beralkohol,” kata Ebiru.

Kedua-dua bar dan kilang di mana alkohol itu dihasilkan telah ditutup, kata jurucakap polis di wilayah West Nile, Josephine Angucia.

Menurut Angucia, kilang itu tidak disahkan oleh UNBS.

“Kami telah menahan empat pekerja kilang untuk tujuan membantu siasatan,” katanya kepada agensi berita Anadolu, sambil menambah bahawa sampel minuman keras itu telah dihantar untuk ujian.

Tambah Angucia, wanita yang memiliki bar itu juga antara mereka yang dimasukkan ke hospital.

UNBS kini menggantung proses pensijilan produk dan kemudahan pengeluaran City 5 Gin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI