fbpx

Scomnet catat pertumbuhan PAT sebanyak 73.82 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Supercomnet Technologies Berhad  (Scomnet) mencatat pertumbuhan sebanyak 73.82 peratus bagi keuntungan selepas cukai (PAT) suku kedua thun kewangan berakhir 30 Jun 2022 (Q2FY22) kepada RM9.40 juta berbanding RM5.40 juta tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan ini disumbangkan oleh jualan yang lebih baik daripada margin tinggi produk khususnya daripada segmen perubatan. 

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, perolehan Scomnet bagi Q2FY22 naik sebanyak 21.71 peratus kepada RM39.86 juta berbanding RM32.75 juta tempoh sama sebelum ini.

Peningkatan ini juga dipacu oleh permintaan tinggi daripada automotif, perubatan dan perindustrian.

Bagi perbandingan suku ke suku, hasil Kumpulan tumbuh 10.81 peratus kepada RM39.86 juta berbanding RM35.97 juta berasaskan kepada jualan yang tinggi daripada segmen perindustrian dan automotif.

Bag kajian sukuan pula, segmen perubatan kekal sebagai penyumbang terbesar dengan hasil menyumbang sebanyak 61 peratus manakala segmen automotif pula menyumbang 10 peratus berbanding lima peratus daripada tempoh sebelumnya.

Mengulas mengenai keputusan kewangan tersebut, Pengarah Urusan Scomnet, James Shiue berkata, ini adalah hasil daripada usaha keras Kumpulan untuk memenuhi permintaan pelanggan daripada segmen perubatan dan automotif.

“Memandangkan segmen perubatan adalah penyumbang utama Kumpulan tetapi dalam masa yang sama, , kami melihat terdapat banyak permintaan dan tempahan daripada segmen automotif.

“Untuk suku depan, kami menjangkakan hasil daripada segmen automotif akan melebihi daripada segmen perubatan secara beransur-ansur,” katanya dalam kenyataan.

Bagi keputusan kewangan kumulutif, Kumpulan mencatat hasil bagi tahun kewangan 2022, sebanyak 7.84 peratus daripada RM70.32 juta kepada RM75.83 juta. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI