fbpx
Petronas Dagangan kekal kukuh mencatat prestasi kewangan dalam persekitaran pasaran minyak global yang mencabar.

Petronas Dagangan catat peningkatan hasil kepada RM11.2 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Petronas Dagangan Berhad (Petronas) mencatat peningkatan hasil sebanyak 23 peratus kepada RM11.2 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 berbanding suku pertama tahun lalu dipacu oleh harga jualan purata lebih tinggi dan peningkatan volum jualan.

Prestasi kewangan yang mantap mampu dicatat meskipun berdepan persekitaran pasaran minyak global yang tidak menentu.

Ini kerana syarikat mengekalkan operasi yang fokus dan konsisten sambil memastikan kualiti perkhidmatan serta kemudahan di seluruh rangkaiannya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata,  dalam pasaran yang tidak menentu kini, keutamaan syarikat jelas memastikan pelanggan terus bergerak dengan bekalan bahan api yang boleh dipercayai serta kualiti perkhidmatan yang konsisten.

Suku pertama mencerminkan kekuatan teras perniagaan kami dan disiplin pasukan.

“Kami akan terus memberi tumpuan kepada kecemerlangan operasi dan pendekatan berpusatkan pelanggan bagi menghadapi tekanan kos serta pasaran.

“Kami yakin mampu menavigasi cabaran dalam segmen runcit dan komersial, sambil memperkukuh nilai jangka panjang untuk pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Petronas juga mencatat pertumbuhan jumlah volum jualan naik kepada tujuh peratus tahun ke tahun, dipacu oleh peningkatan penggunaan Mogas melalui pengalaman pelanggan Setel selepas pelaksanaan BUDI95 serta permintaan komersial yang lebih kukuh.

Untung selepas cukai (PAT) berjumlah RM291.4 juta pula susut sedikit sebanyak tiga  peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, terkesan oleh kos produk yang lebih tinggi berikutan kenaikan harga pasaran.

Bagi suku berakhir 31 Mac 2026, PDB turut mengisytiharkan dividen interim sebanyak 18 sen sesaham biasa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN