fbpx

Drama tebusan hotel di Somalia berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai keselamatan meronda berhampiran Hotel Hyat. - Getty Images

MOGADISHU, Somalia – Tentera Somalia berjaya menamatkan drama tebusan hampir dua hari oleh kumpulan militan Al-Shabaab yang menawan sebuah hotel di bandar ibu negara, Mogadishu.

Perkara tersebut disahkan oleh seorang komander tentera kepada agensi berita AFP sekitar tengah malam Sabtu.

Sekurang-kurangnya 13 orang awam terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera sejak militan yang merupakan sekutu bagi rangkaian Al-Qaeda itu melepaskan tembakan dan melancarkan serangan bom ke atas Hotel Hayat pada petang Jumaat.

“Pasukan keselamatan telah menamatkan kepungan oleh kumpulan Al-Shabaab dengan kumpulan penyerang bersenjata itu telah dibunuh. Tiada lagi tembakan kedengaran dari dalam bangunan sejak sejam lalu,”kata komander berkenaan yang dirahsiakan identitinya.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan maklumat lanjut mengenai jumlah korban keseluruhan, mangsa terselamat atau bilangan anggota Al-Shabaab yang maut sambil memberitahu, kerajaan akan memberi taklimat akhbar rasmi dalam masa terdekat.

Tambah komander itu, kerja-kerja pembersihan bangunan daripada sebarang bahan letupan yang mungkin ditanam pengganas masih perlu dilakukan.

Insiden tersebut adalah serangan terbesar di Mogadishu sejak Presiden baharu Somalia, Hassan Sheikh Mohamud memegang jawatan pada Jun lalu.

Hotel Hayat, yang merupakan tempat penginapan popular bagi pegawai kerajaan musnah selepas pasukan keselamatan meruntuhkannya menggunakan senjata berat lewat kelmarin dalam usaha menumpaskan penyerang-penyerang yang bersembunyi di situ.

Saksi-saksi kejadian berkata, mereka melihat api ‘menelan’ hotel semasa pengeboman dilakukan oleh pasukan keselamatan.

Walaupun pegawai kerajaan berkata bahawa berpuluh-puluh orang telah diselamatkan termasuk kanak-kanak, tidak diketahui berapa ramai mangsa yang masih berada di dalam hotel tersebut ketika kepungan ditamatkan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI