fbpx
Anne Hathaway mencuri perhatian ramai terutamanya umat Islam seluruh dunia apabila dia menyebut 'Insya-Allah' dalam satu temu bual.

Sebut ‘Insya-Allah’ dalam temu bual, Anne Hathaway peluk Islam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKON terkenal Hollywood, Anne Hathaway mencuri perhatian ramai terutamanya umat Islam seluruh dunia apabila dia menyebut ‘Insya-Allah’ dalam satu temu bual bersama majalah People.

Video temu bual pelakon filem The Devil Wears Prada 2 tersebut kini tular dalam media sosial seluruh dunia.

Ketika ditemu bual, Anne bercerita tentang kehidupannya yang kini memasuki fasa usia 40an di mana dia berharap dapat jalani kehidupan yang sihat.

“Saya hanya mahu menikmati hidup. Saya mahukan kehidupan yang panjang dan sihat. Insya-Allah. Saya berharap perkara itu terjadi,” katanya.

Disebabkan video tersebut, ramai yang tertanya-tanya adakah dirinya kini sudah memeluk Islam.

Namun netizen mendedahkan bahawa perkataan Insya-Allah yang digunakan Anne hanyalah sekadar mengucapkan perkataan bahasa Arab. Bukan bermaksud dia memeluk Islam.

Tahun ini majalah People menobatkannya sebagai wanita tercantik di dunia 2026.

Anne kini dalam rangka promosi filem terbaru lakonannya, The Devil Wears Prada 2 yang akan ditayangkan di seluruh dunia pada 30 April ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN