fbpx
Anwar beramah mesra dengan para jemaah di Surau Bomba Cyberjaya.

Kesatuan ummah kekuatan utama umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kepentingan kesatuan ummah sebagai benteng utama dalam mempertahankan maruah dan kekuatan umat Islam.

Beliau berkata, dalam khutbah Jumaat yang disampaikan di Surau Bomba Cyberjaya hari ini menjelaskan kesatuan ummah adalah suatu jihad demi melindungi maruah daripada anasir luar yang merosakkan.

“Malah kegagalan memeliharanya adalah suatu bencana besar yang menjatuhkan sepertimana yang dilalui dinasti pemerintahan kerajaan Islam lampau,” katanya dalam satu hantaran di laman X di sini hari ini.

Anwar berkata, jemaah turut dingatkan, apabila ummah bersatu padu, kekuatan akan kembali terbina, ekonomi diperkasa, kesejahteraan sosial diperkukuh dan pendidikan dipertingkatkan.

“Lantas akan menjadi kuasa besar yang disegani untuk menangkis segala ancaman penggugat akidah dan kompas moral yang merosakkan,” katanya.

Selain itu beliau berkata, usai solat Jumaat, beliau turut berkesempatan beramah mesra dengan para jemaah sebelum kembali ke pejabat bagi meneruskan tugasan rasmi seterusnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN