fbpx

PTD perlu profesional, tidak berpolitik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISHAM Ishak (tiga kanan) melancarkan My PPTD Care di Putrajaya. - FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kumpulan penjawat awam dalam kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) perlu bersikap profesional tanpa meletakkan sebarang sokongan kepada mana-mana ahli politik.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), Datuk Isham Ishak berkata, mereka seharusnya menggunakan profesionalisme melalui keupayaan dan pengetahuan untuk mentadbir negara ke arah lebih baik.

“Salah satu cabaran penjawat awam adalah menangkis komen yang datang daripada pelbagai pihak sama ada melalui media sosial, saluran rasmi, komen blog dan apa-apa sahaja tulisan.

“Penjawat awam profesional perlu menghayati dasar-dasar, polisi dan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai bagaimana ia ingin menerajui negara,” katanya pada majlis pelancaran My PPTD Care di sini tadi.

Katanya, tanggungjawab penjawat awam begitu penting itu sentiasa memberi maklumat terkini kepada rakyat supaya mereka faham apa sedang dilaksanakan kerajaan.

Sementara itu, MY PPTD CARE yang dilancarkan merupakan satu inisiatif melibatkan kerjasama awam dan swasta bagi membantu ahli-ahli persatuan serta penjawat awam lain melalui skim perlindungan insurans serta lain-lain perkhidmatan.

Skim Insurans itu memberi manfaat kepada 6,800 ahli dengan perlindungan sehingga RM1 juta hanya dengan bayaran RM200 sebulan.

Dalam pada itu, Isham berkata, PPTD bakal menubuhkan sebuah rumah kelab di sini sebagai salah satu tempat pertemuan dan pertukaran idea dalam kalangan ahli kumpulan penjawat awam itu.

Katanya, rumah kelab berkenaan yang dijangka dibangunkan bermula hujung tahun ini melibatkan kos RM30.7 juta melalui peruntukan dana dalaman yang dijana nelalui aktiviti ekonomi persatuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI