fbpx

Pemilik Crackhouse Comedy Club disenarai hitam seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalaluddin ketika ditemui pada operasi bersepadu DBKL dan PDRM di Pasar Borong KL hari ini

KUALA LUMPUR – Pemilik Crackhouse Comedy Club telah disenaraihitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaan di mana-mana premis di ibu kota.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, Jawatankuasa Perlesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermesyuarat pada 29 Julai lalu dan bersetuju untuk membatalkan lesen perniagaan kelab komedi berkenaan berkuatkuasa 30 Julai lalu.

“Kita juga mengambil keputusan untuk menyenaraihitam pemilik kelab ini untuk mendaftarkan lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya.

“Ini bermakna pemilik kelab itu tidak boleh mendaftarkan sebarang aktiviti perniagaan di Kuala Lumpur walaupun menggunakan nama dan syarikat berlainan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Operasi Bersepadu di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Jelasnya, pihaknya juga sedang memantau beberapa kelab yang disyaki terlibat dengan aktiviti yang sama di sekitar ibu negara.

“Sebarang lesen hiburan yang kita keluarkan kepada setiap premis mesti mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Bagi pihak yang melanggar syarat perlesenan, mereka tidak akan terlepas daripada tindakan tegas,” ujarnya.

Sementara itu, DBKL akan menjalankan pemantauan serta pemeriksaan secara berkala supaya pemilik premis tidak terlepas daripada dikenakan tindakan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI