fbpx

ITZY buat Lily ‘cemburu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LILY

PERKARA normal bagi selebriti baharu apabila menjadikan senior mereka sebagai rujukan dalam banyak hal, contohnya dari segi cara nyanyian dan tarian.

Jadi, tidak hairanlah anggota kumpulan NMIXX, Lily ada perasaan ‘cemburu’ terhadap senior mereka sendiri iaitu ITZY.

Dedah Lily, kecemburuannya bukan berpaksikan iri hati tetapi akui penyanyi itu, dia sangat ‘cemburu’ melihat cara ITZY belajar sesuatu gerakan koreografi dengan sangat pantas.

“Senior ITZY sangat laju belajar koreografi! Kami pun cepat belajar juga tetapi mereka jauh lebih pantas,” kata Lily.

Malah dia sangat mengagumi kelincahan penari utama ITZY iaitu Chaeryeong yang boleh melakukan tarian sempurna hanya selepas menonton video beberapa kali.

“Sewaktu menjadi pelatih, saya cemburukan senior Chaeryeong. Dia hanya menonton beberapa kali video koreografi dan boleh hafal dengan mudah,” pujinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI