fbpx

Mahkamah: Bekas Panglima TLDM didakwa pecah amanah dana syarikat perkapalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ramli ketika keluar dari Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. /FOTO FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd. Nor, 78, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah dana sebuah syarikat perkapalan berjumlah RM21.08 juta berkaitan perolehan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Bagaimanapun, Ahmad Ramli mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dikemukakan di hadapan Hakim Suzana Hussain.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, beliau yang juga bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) didakwa pecah amanah dana syarikat perkapalan itu dengan meluluskan pembayaran mencecah RM21.08 juta tanpa kelulusan ahli lembaga pengarahnya.

Mahkamah membenarkan Ahmad Ramli dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dan menetapkan kes itu disebut pada 24 November ini.

Skandal kepincangan projek perolehan LCS itu menarik perhatian ramai apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mendedahkan tiada kapal  diterima setakat ini walhal TLDM sepatutnya menerima LCS pertama pada April 2019 setelah membuat bayaran RM6.083 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI