fbpx
Ahmad Muttaqin menerima video penemuan Jaslinda berkenaan dari penduduk Kampung Lubuk Gaharu yang turun ke pekan Tapah petang tadi.

Pemilik laman Facebook terkejut, gembira terima Messenger penemuan Jaslinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Seorang pemilik laman Facebook komuniti iaitu Tapah Media Official terkejut apabila menerima gambar dan video penemuan pendakian wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 14 hari lalu.

Menurut Ahmad Muttaqin Khairul, 31, dia menerima gambar dan video keadaan Jaslinda yang ditemui selamat di Kampung Lubuk Gaharu Pos Musoh kira-kira pukul 5.41 petang tadi.

“Messenger itu dihantar oleh penduduk perkampungan Orang Asli tersebut yang turun ke bandar Tapah.

“Di situ (Kampung Lubuk Gaharu Pos Musoh) tiada hubungan telekomunikasi selain akses jalan yang berbukit dan curam,” katanya di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan maklumat penduduk kampung tersebut, Jaslinda dalam keadaan stabil selain mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Ujarnya, Jaslinda dilihat bersemangat dan gembira.

Media melaporkan, pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 14 hari lalu, ditemui dalam keadaan selamat hari ini.

Maklumat penemuan mangsa itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin.

Difahamkan, mangsa ditemui oleh penduduk Orang Asli di Kampung Lubuk Gaharu Pos Musoh yang kemudian menghubungi pihak berkuasa.

Operasi SAR mengesan Jaslinda diaktifkan 25 Mei lalu selepas wanita itu dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain serta dua malim gunung.

Difahamkan, mangsa yang cedera di kaki sebelum itu berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki dan seorang malim gunung di Kem Batu Core selepas lelaki terbabit mengalami masalah pernafasan.

Bagaimanapun, Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN