fbpx
LOGA BALA (duduk tiga dari kiri) bersama pimpinan PPP yang hadir Mesyuarat Majlis Tertinggi parti di Hotel Amari, Johor Bahru hari ini.

PRN Johor: Parti Progresif Penduduk mahu tanding dua kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Parti Progresif Penduduk (PPP) berhasrat untuk bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah logo Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Presidennya, Datuk Dr. Loga Bala Mohan bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik kerusi yang mahu ditandingi oleh parti berkenaan.

Menurut Loga Bala, beliau enggan memberikan tekanan kepada Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di atas permintaan tersebut.

“Kami berhasrat untuk bertanding dua kerusi pada PRN Johor ini dan hasrat tersebut telah disuarakan kepada Onn Hafiz, semalam.

“Kami tidak mahu meletakkan tekanan kepada beliau di atas permintaan tersebut dan kami tidak akan ‘demand’. Sekiranya sudah kesuntukan masa dan ia tidak dapat ditunaikan, kami tak akan berkecil hati, tak akan merajuk.

“Hasrat kami sebagai salah satu parti komponen BN adalah untuk memenangkan parti di setiap kerusi yang akan ditandingi pada PRN Johor,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PPP Kali-6 di Hotel Amari, di sini hari ini.

Pada 18 Januari lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, PPP sah diiktiraf menjadi salah sebuah parti komponen dalam BN.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima surat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bertarikh 25 November 2025 berhubung perkara itu.

“Penyertaan PPP merupakan berita gembira bukan sahaja kepada parti berkenaan, malah kepada BN secara keseluruhan kerana ia mengukuhkan lagi struktur gabungan ini,” katanya.

Menurut Loga Bala, pihaknya telah mengaturkan gerak kerja di peringkat akar umbi sejak tiga bulan lalu bagi membantu meningkatkan keyakinan pengundi untuk memberi sokongan kepada BN.

Katanya, beliau sendiri akan mengetuai jentera PPP di beberapa kawasan DUN untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

“Selain PRN Johor, kita juga berhasrat untuk bertanding dua kerusi di PRN Negeri Sembilan. Bagaimanapun, perkara ini belum disuarakan kepada Pengerusi BN di negeri itu,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN