fbpx

Kerjasama Malaysia, Jepun tangani isu rantaian bekalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali beramah mesra dengan delegasi pada Seminar Perniagan Bersempena Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur, di Hotel Hilton.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Malaysia dan Jepun meneroka kerjasama bagi menangani isu berkaitan rantaian bekalan melalui platform Dasar Pandang ke Timur (DPT)

Menurut beliau, Malaysia dan Jepun mempunyai jalinan perdagangan yang mendalam dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Fumio Kishida baru-baru ini memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara.

Ismail Sabri turut menyarankan kerjasama dalam bidang-bidang seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, autonomous system dan internet pelbagai benda (IoT) yang menyaksikan Jepun mempunyai kepakaran
yang tinggi dipertingkatkan.

“Pencapaian kerjasama yang melangkaui lebih empat dekad antara Malaysia dan Jepun kini lebih tertumpu kepada bidang baharu selaras dengan revolusi teknologi.

“Ini akan dapat menjamin kemampanan DPT untuk tahun-tahun yang mendatang. Oleh itu, saya berharap kerajaan Jepun akan memberikan sokongan padu yang berterusan bagi menggalakkan lebih banyak kerjasama dalam bidang berkenaan melalui pelaksanaan projek-projek usaha sama di bawah DPT,” katanya pada Seminar Perniagaan Bersempena Ulang Tahun Ke-40 DPT di Hotel Hilton di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI