fbpx

Lelaki rompak 3,000 liter diesel bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan sebuah lori yang digunakan bagi melakukan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi

JOHOR BAHRU – Tindak-tanduk seorang lelaki yang mencurigakan ketika mengisi minyak ke dalam sebuah lori di sebuah stesen minyak di Ulu Tiram, dekat sini, semalam membongkar kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi.

Kegiatan itu disedari anggota kereta peronda (MPV) Bahagian Pecegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam semasa melakukan rondaan di kawasan itu pada pukul 8.45 malam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, anggota terbabit ternampak suspek sedang mengisi minyak ke sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil siasatan mendapati terdapat enam tong minyak diesel yang dianggarkan 500 liter setiap tong. Polis menahan lelaki berusia 31 tahun itu yang merupakan pemandu lori tersebut.

“Polis turut merampas enam tong tersebut yang semunya berisi 3,000 liter diesel, lori berkenaan dan dua resit belian minyak berkenaan berjumlah RM1,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM66,450.

Katanya, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah.

“Polis akan terus membanteras dan memastikan kegiatan penyelewengan serta kitirisan diesel yang menyebabkan kerugian kepada negara,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI