fbpx
Penduduk meredah air banjir berhampiran sebuah kereta yang separa tenggelam di daerah Gangnam, Seoul, semalam. - AFP

7 maut dalam banjir di Seoul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL – Sebilangan stesen kereta api bawah tanah dan jalan-jalan utama di Seoul dilaporkan tenggelam akibat banjir selepas hujan lebat melanda Korea Selatan dengan sekurang-kurangnya tujuh orang maut serta tujuh lagi masih hilang.  

Beberapa imej yang dikongsikan di media sosial lewat semalam menunjukkan orang ramai meredah banjir selain air dari stesen-stesen kereta api bawah tanah turut melimpah serta kenderaan separa tenggelam di daerah Gangnam.

Hujan lebat yang turun sejak semalam itu dikatakan yang paling lebat di Korea Selatan dalam tempoh 80 tahun, demikian menurut laporan agensi berita Yonhap.

“Sekurang-kurangnya tujuh orang maut di kawasan metropolitan Seoul manakala tujuh lagi masih hilang akibat hujan lebat setakat pukul 7.30 pagi ini (waktu tempatan),” kata seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri.

Sebahagian daripada Seoul, di sekeliling wilayah Gyeonggi dan bandar Incheon merekodkan taburan hujan lebih 100 milimeter (mm) sejam, malam tadi, lapor Yonhap.

Di daerah Dongjak, taburan hujan dalam masa sejam dilaporkan melepasi 141.5 mm pada satu masa, yang merupakan hujan paling lebat direkodkan sejak 1942.

Presiden Yoon Suk-yeol telah mengarahkan para pegawai kerajaan untuk memindahkan penduduk yang berada di kawasan berisiko tinggi dan menggalakkan perniagaan membenarkan pekerja menggunakan waktu ulang-alik fleksibel pada pagi ini.

“Tiada yang lebih penting berbanding nyawa dan keselamatan. Kerajaan akan menguruskan situasi hujan lebat ini dengan teliti,” kata Suk-yeol pada akaun Facebook.

Dalam pada itu, gangguan bekalan elektrik turut dilaporkan di seluruh kawasan ibu negara lewat semalam, manakala beberapa perkhidmatan kereta api bawah tanah di Seoul turut terganggu buat sementara waktu akibat hujan lebat. – AFP 

POPULAR