fbpx

Meninggal dunia ketika mendaki Gunung Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengusung mayat seorang lelaki yang meninggal dunia ketika mendaki Gunung Kinabalu semalam.

RANAU – Seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika mendaki Gunung Kinabalu dalam kejadian di laluan pendakian Kilometer 3.2 semalam.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari, mngsa berusia 51 tahun dan berasal dari Sarawak dikatakan dalam pendakian menuju ke Panalaban.

Bagaimanapun, mangsa mengatakan hendak berehat kepada malim gunung setibanya di lokasi kejadian sebelum tiba-tiba rebah.

Malim gunung kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada kakitangan Taman-Taman Sabah (TTS) selain menghubungi pihak bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 1.23 tengah hari.

“Tindakan awal pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR), kakitangan TTS dan malim gunung memberi bantuan pernafasan (CPR).

“Mangsa seterusnya dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung Robertson Stretcher.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 4.30 petang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI