fbpx

Pingat emas ketiga inspirasi buru kegemilangan di Birmingham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan tahniah oleh Ismail Sabri.

PUTRAJAYA- Kejayaan kontinjen Malaysia meraih pingat emas ketiga di Sukan Komanwel Birmigham 2022 menerusi skuad badminton negara diharap terus menjadi inspirasi dalam memburu lebih kegemilangan di temasya berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemenangan pingat emas ketiga itu diharapkan meletakkan negara di landasan tepat dalam memburu sasaran enam pingat emas seperti ditetapkan sebelum ini.

“Kontinjen Malaysia terus mempamerkan aksi cemerlang di temasya Sukan Komanwel 2022 dengan meraih pingat emas ketiga. Pingat itu diperoleh skuad badminton negara melalui acara berpasukan campuran setelah menewaskan India.

“Saya berharap kejayaan ini akan menjadi inspirasi utuk terus memburu kegemilangan di temasya sukan itu dan melatakkan negara di landasan tepat untuk mencapai sasaran enam pingat emas,” katanya dalam satu hantaran Facebook tadi.

Dalam hantaran itu, Ismail Sabri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad badminton negara susulan kejayaan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dalam acara yang berlansung awal pagi tadi.

Terdahulu, skuad negara meraih dua emas pertama di Birmingham melalui atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin yang memenangi acara kategori 55 kilogram dan 61 kilogram. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI