fbpx

Kastam Johor rampas rokok seludup RM9.45 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazali Mohamad (tengah) menunjukkan sebahagian daripada rampasan rokok di Ibu Pejabat Kastam Johor, di Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merekodkan rampasan rokok seludup terbesar di Johor bagi tahun ini bernilai RM9.45 juta dalam satu serbuan pada 23 Julai lalu.

Pengarah Kastam Johor, Sazali Mohamad berkata, serbuan itu dijalankan ke atas sebuah gudang di Kulai pada pukul 2.30 petang dan merampas lebih 8 juta batang rokok.

“Dalam operasi itu, pegawai dan anggota Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Johor Bahru tidak menemui suspek di dalam premis tersebut.

“Siasatan mendapati sejumlah rokok seludup disembunyikan dalam bungkusan yang ditutup rapi dengan kain kanvas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kastam Johor, di sini hari ini.

Nilai rokok dirampas adalah RM3.8 juta, manakala nilai duti dan cukai pula RM5.7 juta menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM9.45 juta.

JKDM sedang mengenal pasti pemilik gudang berkenaan. Modus operandi yang digunakan sindiket adalah membawa masuk rokok seludup melalui jalan laut sebelum disimpan di dalam gudang dan kemudian diedarkan ke pasaran pada harga rendah untuk menarik pembeli.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI