fbpx
Sebuah lori membawa sebanyak 13 ekor lembu seludup yang ditahan di Jalan Banggol Ara, Pasir Mas semalam. FOTO IHSAN PGA

Gagal hantar 13 ekor lembu seludup untuk korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Seorang pemandu lori tidak sempat menghantar 13 ekor lembu seludup yang dipercayai untuk tujuan ibadah korban selepas lori yang dia pandu ditahan di Jalan Banggol Ara, di sini semalam.

Lori tersebut ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 5 petang semasa menjalankan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan tersebut.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, anggota PGA mendapat lori tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan terhadap lori itu menjumpai sebanyak 13 ekor lembu pada bahagian belakang kenderaan tersebut.

“Semakan surat memindahkan haiwan ternakan dalam Semenanjung yang dikemukakan oleh pemandu lori itu bagaimanapun mendapati kenderaan tersebut mendapat kebenaran menghantar 20 ekor lembu ke Kota Bharu.

“Keadaan itu menimbulkan keraguan apabila tujuh ekor lembu dipercayai telah dihantar ke lokasi lain yang tidak dinyatakan dalam dokumen kelulusan pergerakan haiwan ternakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, siasatan awal mendapati, pemandu lori itu mendakwa dia diarahkan untuk menghantar lembu terbabit ke Kota Bharu bagi memenuhi permintaan tinggi sempena Hari Raya Aidiladha oleh majikannya.

Katanya, lori dan 13 ekor lembu itu telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN