fbpx
Sebahagian OKS yang menjalani perintah khidmat masyarakat di Kolej Lagenda Mantin semalam. – NUR SHARIEZA ISMAIL

Tahu-tahu sudah kena tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Seorang pelajar kolej mengakui menyesal dengan tindakannya membuat puntung rokok di tempat awam sehingga terpaksa meminta tolong bapanya untuk membayar denda.

Muhammad Afiq Dennis Wee Muhammad Wee, 21, merupakan antara empat orang kena saman (OKS) yang menjalani perintah khidmat masyarakat (PKM) selepas didapati bersalah membuang puntung rokok di tempat awam dalam kejadian berlaku di Seremban Jaya, Januari lalu.

Remaja itu bagaimanapun bernasib baik kerana hanya dikenakan denda minima RM200.

“Ini takdir dan pengajaran yang saya akan ingat sampai bila-bila. Malu juga nak minta tolong ayah bayarkan denda disebabkan hanya kerana kesalahan kecil ini,” katanya ketika ditemui semasa menjalani PKM di Kolej Lagenda Mantin semalam.

Seorang lagi OKS, Ahmad Sollihin Mohd Amran, 31, yang turut dikenakan tindakan sama mengakui telah insaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

“Saya memang tidak tahu langsung peraturan ini dan bila dah dikenakan tindakan ini, barulah menyesal. Ini jadi pengajaran besar buat saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam(SWCorp), Khalid Mohamed berkata, sehingga kini, sebanyak 7,919 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah dikeluarkan di tujuh negeri yang menerima pakai Akta 672 melibatkan 5,708 warganegara tempatan dan 2,211 warganegara asing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN