fbpx
BISNES online merupakan satu pendekatan perniagaan dengan hanya menggunakan peranti elektronik.

Tip untuk majukan bisnes online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Perniagaan secara online amat mudah untuk dimulakan memandangkan peniaga cuma memerlukan dua ‘bahan’ utama iaitu peranti elektronik seperti telefon pintar atau komputer dan juga internet.

Berbeza dengan zaman dahulu, teknologi bisnes dalam talian kini cukup memudahkan kerana apa sahaja barangan boleh dijual secara online, daripada pakaian sehinggalah makanan.

Malah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan akibat pandemik Covid-19 telah pun memaksa pemilik bisnes untuk menjalankan perniagaan mereka secara online.

Minggu ini Horizon kongsikan tip bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan online.

1. Peruntuk masa

Ramai orang yang menganggap bisnes online sebagai kerja sampingan yang tidak memerlukan dedikasi yang tinggi bagi memastikan ia berjaya.

Namun, sama seperti perniagaan lain, peniaga juga perlu memperuntukkan masa yang mencukupi untuk memantau dan melakukan kerja-kerja yang diperlukan bagi memastikan semua aspek dalam perniagaan itu berjalan dengan lancar.

2.Fahami pelanggan

Sebagai seorang peniaga, adakalanya pasti kita ada mendengar rungutan pelanggan berkaitan servis atau produk yang ditawarkan.

Biarpun dijalankan secara online dan tanpa bersemuka, seorang peniaga haruslah sentiasa mementingkan kepuasan hati pelanggannya dengan memberikan khidmat pelanggan terbaik.

Dengan ini, pelanggan akan berpuas hati dan mereka dengan sendirinya akan menjadi pelanggan tetap atau pun mempromosikan produk kita kepada rakan-rakan yang lain.

JANGAN lokek berbelanja untuk menimba ilmu daripada sifu-sifu perniagaan menerusi kelas-kelas yang dianjurkan.

3. Berdisiplin

Apabila anda sedang melakukan kerja-kerja berkaitan bisnes online seperti membalas pesanan pelanggan atau mengira stok, pastikan anda melakukannya dengan penuh disiplin dan tanpa gangguan perkara-perkara lain.

4. Belanja untuk kelas

Agak sukar untuk berjaya dalam bisnes online sekiranya ia dilakukan tanpa ilmu pengetahuan yang luas.

Sebaiknya, jangan lokek berbelanja untuk mendapatkan ilmu pemasaran terbaik daripada kelas-kelas atau sifu-sifu yang berpengalaman luas bagi memastikan perniagaan yang dijalankan berjaya.

Malah, selain berbelanja untuk mengutip ilmu pemasaran, peniaga juga perlu bersedia mengeluarkan belanja untuk keperluan asas bisnes online seperti sistem laman web yang lebih baik bagi mengelak berlakunya isu seperti laman web yang ‘crash’ akibat terlalu banyak transaksi dilakukan ketika musim promosi.

Jangan campur adukkan urusan pekerjaan hakiki dengan pekerjaan online bagi memastikan perkara yang dilakukan tidak terganggu dan berjalan dengan lancar.


LAKUKAN perniagaan online secara berdisiplin tanpa gangguan perkara-perkara lain.

5. Utamakan tugas mencabar

Apabila menyelesaikan sesuatu tugas berkaitan perniagaan online yang dijalankan, sebaiknya utamakan dan berikan lebih masa kepada tugas-tugas yang mencabar.

Hal ini kerana tugas yang mencabar pastinya memerlukan lebih perhatian dan masa untuk diselesaikan.

Sebaiknya, lakukan tugas mencabar pada sebelah pagi ketika minda dan tubuh berada dalam keadaan segar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN