fbpx

Lelaki maut dipanah petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT seorang lelaki ditemukan terbaring di hadapan sebuah kedai di Taman Sri Layang di Mentakab kelmarin.

TEMERLOH – Seorang lelaki maut selepas terkena panahan petir di hadapan sebuah kedai berhampiran sebuah pasar raya di Taman Sri Layang, Mentakab di sini kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Enosh Kumar,32, berada di kawasan berkenaan seorang diri ketika hujan lebat sebelum terkena panahan kilat.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan di kawasan sekitar tempat kejadian menemukan kesan panahan petir di sebatang pokok kira-kira tiga meter daripada tempat mangsa ditemukan terbaring.

“Tiada sebarang unsur jenayah ditemukan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Azhar kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan berdasarkan bedah siasat punca kematian disebabkan panahan petir.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI