fbpx
PESAWAT pengebom air CL-415 beraksi di kawasan kebakaran hutan di Cotignac, tenggara Perancis semalam. – AFP

Eropah ‘terbakar’, ribuan penduduk melarikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Kebakaran hutan yang menjadi lebih buruk akibat suhu tinggi dan  angin kencang merebak di beberapa bahagian di Eropah Barat hari ini,  mencetuskan darurat bencana di wilayah ibu negara Sepanyol dan mendorong Perancis meminta bantuan Kesatuan Eropah (EU).

Pihak berkuasa Perancis mengarahkan beribu-ribu pelancong di kawasan menghadap Lautan  Atlantik  keluar dari tapak perkhemahan dan rumah percutian, sementara anggota bomba yang disokong pesawat pengebom air bertungkus lumus cuba memadamkan api yang menjulang.

Jumlah kawasan hangus setakat tahun ini di negara-negara EU adalah kedua terbesar dalam rekod, demikian menurut data satelit Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah (EFFIS).

Tiga anggota bomba terbunuh apabila selatan Eropah menanggung haba yang lebih teruk, dengan suhu mencecah 40 darjah Celsius di  beberapa kawasan.

Perancis melaksanakan mekanisme perlindungan awam EU untuk meminta bantuan, kata Presiden Emmanuel Macron hari ini,  memberi amaran bahawa bencana kekal ‘sangat sengit’.

Semalam Pesuruhjaya Pengurusan Krisis EU,  Hadja Lahbib berkata, blok itu menyediakan tiga pesawat pengebom air kepada Perancis.

Penduduk  Le Porge, selatan Bordeaux yang terjejas akibat kebakaran hutan, Patrick Martineau, 69, berkata: “Anggota gendarme (polis)  datang dan mengetuk setiap pintu rumah, ketika itu, , api berada cuma 500 meter jauhnya. Kami mengambil beberapa barang dan pergi.”

Tenggara Perancis juga teruk terjejas, dengan berpuluh-puluh kebakaran berlaku. Beberapa pegawai berkata, kira-kira  25 rumah hangus sejak Selasa lalu.

Di Itali, beribu-ribu pekerja kecemasan bergelut untuk mengawal begitu banyak kebakaran hutan  di Sicily dan wilayah Calabria. 

Sementara itu, kerajaan Sepanyol mengisytiharkan darurat kebakaran di rantau Madrid di mana lebih 10,000 orang dipindahkan sejak beberapa hari lalu.

Perkhidmatan Kecemasan menghantar pesanan melalui telefon bimbit kepada penduduk bandar Aldea de Fresno, barat Madrid untuk mengarahkan mereka berpindah.

Bagaimanapun, beratus-ratus anggota bomba dan sukarelawan masih bergelut untuk memadamkan kebakaran hutan lebih besar di Guadalajara, utara Madrid. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN