fbpx
Tangkap layar video Herman Rawi menceritakan gelombang haba di Eropah ketika ini.

[VIDEO] ‘Bahang gelombang panas di Eropah dari pagi sampai malam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bayangkan tinggal di negara-negara Eropah yang sedang merasai gelombang haba ketika ini dengan bahang kepanasan itu dirasai dari pukul 4.30 pagi hingga ke malam.

Itu situasi diceritakan seorang pengguna TikTok Herman Rawi, rakyat Malaysia yang tinggal di Switzerland berhubung keadaan musim panas kering di negara-negara Eropah berbanding panas lembap di Malaysia.

“Mungkin kat Malaysia panas, (tapi) balik rumah kebanyakan ada pendingin udara. Sini tak ada, kipas pun tak ada. Kalau rumah tu tak beli kipas meja, memang panas masuk rumah.

“Keluar rumah panas, pergi mana-mana panas. Nak berasa sejuk sikit, pergi kolam celup-celup sikit. Panas Malaysia mula lambat dari pukul 12 tengah hari ke pukul 5 petang, pagi ada sejuk juga.

“Sini dahlah musim panas mula awal antara 4.30 pagi hingga 5 pagi dah cerah matahari naik, masa tu bahang dah. Bukan mula perlahan-lahan, tapi bahang terus. Panas dari pagi sampai malam tak sejuk, itu hakikatnya,” katanya pada perkongsian video berkenaan.

Herman berkata, panas kering di negara-negara Eropah juga berbeza yang mana lambat berpeluh, sedangkan itu antara mekanisme menyejukkan badan.

“Tapi sebab dia tak humid, berjalan pun payah nak berpeluh. Malaysia setiap hari panas 31 hingga 34 darjah Celsius itu normal, (gelombang haba di Eropah), panas berdenting ya, panas sangat.

“Memang panas bukan nak mengada-ngada, ‘eleh duduk negara Malaysia 30, 50 tahun tiba-tiba gelombang haba sikit, panas’. Kita bukan nak berlawak, itu hakikatnya,” katanya.

Terdahulu media antarabangsa melaporkan, pihak berkuasa kesihatan Perancis memaklumkan sekitar 1,000 kematian direkodkan sepanjang gelombang haba luar biasa yang melanda sebahagian besar Eropah Barat selama beberapa hari kebelakangan ini.

Menurut Agensi Kesihatan Awam Perancis, sejak 24 Jun lalu, kira-kira 1,000 kematian (angka belum dimuktamadkan) direkodkan berbanding jumlah kematian yang dicatatkan pada beberapa bulan sebelumnya. – KOSMO! ONLINE

 

@hermanrawiambo nok ghoyak buwi. I surrender♬ original sound – Herman Rawi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN